Friday, February 27, 2009

MEMO

Kepada : SEMUA GURU
Sek Men Agama Kerajaan Johor,Kluang.
Tarikh : 17 Februari 2009
_________________________________________________________________________________________________

PENTAKSIRAN KURIKULUM ( 1 )

Merujuk kepada perkara di atas,tarikh Pentaksiran Kurikulum ( 1 ) adalah seperti berikut :
Ting 1 , 2 : 10 hingga 12 Mac 2009
( Selasa hingga Khamis )
Ting 3 , 4 dan 5 : 6 hingga 12 Mac 2009
( Jumaat hingga Khamis )

2. PENYEDIAAN ITEM PENTAKSIRAN
Guru mata pelajaran hendaklah menyediakan item peperiksaan dan menghantar untuk cetakan sekurang-kurangnya seminggu sebelum dari tarikh peperiksaan dijalankan. Penyediaan hendaklah dilakukan di bilik peperiksaan.

3. “ COVER PAGE ”
Bagi Pentaksiran Kurikulum 1 ,memadai guru menggunakan “ header “ yang mengandungi perkara seperti berikut ( tidak perlu satu muka surat penuh ) :
1. Nama ujian ( PENTAKSIRAN KURIKULUM 1 )
2. Nama sekolah ( SMAKJ )
3. Mata pelajaran
4. Tingkatan
5. Masa ( 30 MINIT )
6. Ruang untuk nama pelajar dan kelas

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Kerjasama yang diberikan amat dihargai.

“MENJANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN MELALUI PENTAKSIRAN”


Disediakan oleh,
Guru Peperiksaan Dalaman SMAKJ


SK : GPK Akademik
SU Peperiksaan